Saturday, November 17, 2012

Cara Mengenali Kekasih Anda Samada Seorang Yang Dominant atau Receiver.

Kekasih yang kuat merajuk kadang-kadang bukan sebagai sikapnya yang kuat merajuk. Cuma dia putus asa dengan sikap dominant anda - Albert Robert Dumbledore




Hello there gadis-gadis yang suka merajuk dan jejaka-jejaka yang kaki mengokong. What’s up?




Terasa bosan yang pasangan korang ni asyik memberi arahan yang bukan-bukan kepada anda sedangkan anda pun ada hujah anda yang tersendiri?



Terasa bengang sebab kekasih anda amat pasif dalam membuat keputusan sehinggakan order burger di McD pun memerlukan anda untuk membuat keptusan?



Terasa nak mencarut kerana setiap kali anda mencadangkan sesuatu, ditertawakan sekuat hati oleh pasangan anda dan dijawab NO oleh kekasih anda?





Korang mesti pelikkan kenapa pasangan anda bersikap sedemikian rupa kepada anda sedangkan kekasih orang lain, elok je ikut arahan kekasih masing2, kekasih lain elok je aktif makan sambil suap-suap tanpa rasa segan ataupun disuruh, kekasih lain elok jer membaca sajak-sajak cinta dan mendahulukan kekasih tatkala memilih tajuk movie yang mahu ditonton diwayang tanpa dulu bertegang urat dengan anda yang berkesudahan anda disuruh diam dan telan popcorn dan coke yang kekasih anda beli sampai muntah. Kenapa? kenapa? Dan kenapa?



Well, tahukah anda apabila dalam perhubungan, seseorang itu akan cenderung untuk bertindak mengikut sikap yang dibawakan oleh beliau? Andai kata dia jenis yang Dominant, maka dia akan terus mendominasi. Dan jika dia adalah Receiver, dia akan terus menerima sampai pengsan menadah serangan-serangan yang kadang kala mampu mencarut jika tidak dicegah dengan berkesan. So, its all about sama ada kekasih anda adalah seorang yang Dominant atau Receiver.




So, Hakim, what the hell is that Dominant Receiver and stuff tu? Saya tak faham lah wahai saudara Hakim. Mohon penjelasan yang lebih jelas lagi mengenai perkara-perkara itu. Please! Saya dah berkorban macam-macam dah pada kekasih saya. Saya tak mahu perngorbanan saya terus disia-siakan seperti lapan kekasih saya yang lepas. Please



Itu dia sampai lapan kekasih anda mengayamkan anda. Kenapa tak jadi ayam je?


Well, Dominant dan Receiver secara dasarnya adalah dua benda yang berbeza dan dengan mengenali sikap kekasih anda melebihkan sebelah mana, maka tidak mustahil anda yang sering bergaduh dengan pasangan masing-masing mampu untuk mencari penyelesaian.
Jadi, sebelum pergaduhan dengan kekasih anda terbawak-bawak sampai tahap serius dan mahu minta cerai berai sedangkan anda baru berkapel dua bulan dan sudah pun bersumpah separuh nyawa atas dara harapan yang anda telah laburkan, mari kita lihat kekasih anda jenis yang bagaimana!

Dan tak salah juga sebenar kenal diri tu siapa. Sekurang-kurangnya takdelah diri tu selfish sangat taknak tahu keburukkan diri. Ini tidak. Cuma nak tahu kesalahan kekasih je. Kesian kekasih anda.






1. Dominant.

Maksud dominant adalah menguasai atau berkuasa dalam hubungan. Dan dalam dominant juga terbahagi kepada dua jenis iaitu :


Total Dominant.

Yang ni jenisnya kalau boleh nak menguasai hampir keseluruhan perjalanan hubungan. Dia tentukan wayang nak tengok cerita apa. Dia tentukan makanan apa yang kau boleh makan. Dia tentukan pukul berapa kau boleh tidur. Dia tentukan pukul berapa kau boleh ke tandas dan pukul berapa kau boleh ketawa.
Dia akan menentukan segala-galanya untuk anda dan tanpa sedar akan mengikut segala arahannya dan sentiasa menjadi pasif.

Lagi satu, mereka juga jenisnya akan memulakan sesuatu. Dia akan memegang tangan anda dahulu. Dia yang akan mengajak anda dating dulu. Dia yang akan ajak anda senggama buat tengok wayang.  Segalanya dia,dia dan dia sahaja. Anda? Pengikut tetap yang akan menurut segala arahan tanpa bantahan



Dominant la katakan.


Pity you.




Half Dominant.

Berbanding dengan Total dominant, half dominant pula masih juga mengusai namun, anda sebagai pasangan mereka masih berhak untuk membuat keputusan walaupun kadang kala keputusan kau cukup susah nak diterima. Sebagai contoh, awek anda ajak tengok wayang. Nak tengok cerita James Bond. Anda betah sambil kata James Bond terlampau ganas untuk anda. Anda tak minat. Anda lagi minat cerita “Istanbul aku datang”. Lebih manis cerita cinta melayu ditonton tatkala bersama pasangan kekasih kata anda.
Dan sepuluh minit selepas itu sambil duduk di kerusi wayang menonton James Bond sambil di tangan memegang Lolipop. Kata kekasih anda, kalau nak rasa manis, kunyah lah lollipop. Lolipop tu pun manis jugak kata dia
.
Jadi, pendapat anda still didengar namun mungkin penyelesaian tak seperti yang diharapkan JIKA anda tidak pandai mempersembahkan idea anda dengan bernas bersama hujah yang berkesan. Dan jika dia terpedaya dengan hujah anda yang jitu, maka keputusan anda akan dipertimbangkan.










2. Receiver.

Next adalah receiver.Receiver bermaksud adalah orang yang senantiasa mengikut pasangan kekasihnya dari segi arahan/pendapat dan sebagainya. Receiver juga terbahagi kepada dua jenis.


Total Receiver.

Contoh terbaik, pernah tengok tak orang yang pakwe/makwe cakap apa semua dia akan ikut dan akur tanpa bantahan. Suruh  pinjamkan duit, bagi. Suruh ambik dekat tempat kerja, ambik. Suruh temankan dia shopping baju sedangkan tiga bulan lepas dah berjanji dengan sahabat-sahabat karib untuk bermain DotA yang telah pun dirancangkan sekian lama, temankan. Kiranya kalau dilihat secara kasarnya, jenis ni la paling kesian dan dikasihani.



Tu la dia Receiver.





Half Receiver.

Sebenarnya, half Receiver dengan Half Dominant ni lebih kurang aja sebenarnya. Cuma bezanya, jika half dominant, dia lebih mengeluarkan pendapat/pandangan/cadangan/arahan berbanding dengan Half Receiver yang lebih banyak menerima/mendengar/mengikut arahan. 

Anda lebih suka mendengar cadangan kekasih berbanding mengeluarkan cadangan anda terlebih dahulu dan jika cadangan yang diutarakan tu anda suka ataupun boleh la nak diaplikasikan, maka anda akan mengikut sahaja cadangan beliau. Tapi kalau anda rasakan cadangan kekasih anda bangang dan bebal dari pelbagai ciri, maka anda akan betah. Cubaan betah sahaja. Sebab kadang-kadang nak membetah pun anda malas. Anda follow je.

Sebagai contoh, makwe kau suggest supaya pinjamkan dia duit sebanyak RM 1000 konon mak dia sakit dan perlukan wang dengan segera. Kau tahu yang mak dia dah lama meninggal kena penyakit sawan. Jadi anda betah sambil mengatakan yang dia penipu kata mak dia hidup lagi. Makwe anda tambah, itu mak angkat, ni mak betul pulak sakit lemak bawah lengan berlebihan. Anda tahu dia temberang, tapi sebab malas nak ambik port, anda bagi je RM1000. Untung-untung dia ajak anda senggama dating hujung minggu depan macam selalu.


Itu contoh half receiver.











Hakikatnya dalam hubungan yang senantiasa menyeronokkan dan mengindahkan, perlu ada ciri-ciri berlawanan diantara satu sama lain. Baru lah ada cerita atau tidak berlaku penegangan dalam hubungan. Penegangan itu hanya perlu diwaktu-waktu tertentu je. Bukan sentiasan nak bertegang. Bertegang urat maksud saya. Err, bertegang tekak,errr. Gaduh.

Sebagai contoh, Kalau dalam hubungan, dua-dua jenis Total dominant. Dua-dua nak tunjuk kepala walaupun yang pasti lelaki lagi banyak kepalanya. Dua-dua nak tunjuk kuasa. So, mana kesudahannya?

Memang betul, kalau nak jodoh dengan dia, nak buat macam mana yedak. Tapi dengan kesedaran benda ni, sekurang-kurangnya kau boleh overcome hubungan yang asyik bercakar-cakar dimuka kepada bercakar harimau di belakang badan. Dari bermarah-marah kepada bersayang-sayang manja gesek kepala ke dada. Jadi, bila anda sedar pasangan anda jenis yang macam mana, cuba overcome balik. Cuba jadi sebaliknya. Kalau dia Total Dominant, didik dia supaya jangan terlalu dominant perlahan-lahan. Kalau dia total receiver dan membosankan, didik dia untuk buat keputusan.





Sebab kadang-kadang kita sayangkan dia, tapi bila kita tiada usaha hendak memperbaiki hubungan,










































Takut kapal yang paling kita sayang tenggelam sebelum sempat berlabuh disasarannya.

Sekian.

P/S : Bila melihat ramai dah mula kahwin, aku pun dah mula nak pasang niat kahwin sehinggalah aku menyemak baki wang di dalam akau bank aku. Lantas aku menangis.


8 comments:

Zack Kool said...

Nak tanya, camne hakim wat perkatan cam terpotong tu..Maksud Zack..strike word..ajar sikit..

yeen said...

tapi abang hakim, either dominant or receiver doesn't affect much in relationship kan cause its a natural thing and as long as both comfortable with that, then its fine right? bukan ke kalau kita terlalu nak cari masalah yang ada kat partner kita, will make 'em uncomfortable?

Hakim. said...

Zack Kool : Masa tengah menaip tu, try tengok dekat kotak sebelah atas ada huruf abc berpalang. Tekan huruf tu.

Yeen : Kalau dua-dua comfortable, maka tak payah la buat apa-apa. Just follow the flow dan enjoy relationship. Konsep dominant dan receiver ni untuk pasangan yang rasa terganggu atau terkesan dengan perhubungan yang sedang berlansung. :)

myravea said...

Nice entry. :)

Kalau dominant bertemu dominant makanya hancur dan lebur. huwhuw

EZAN IDMA said...

tak payah nak kawen sgt la! kain pelikat pon ikat tak betol!

Hakim. said...

Apa la guna si isteri kelak selain dari mengikatkan kain pelikat suaminya. Hikhik.

man said...

Tq for info..marilah dtg ke blog sy..http://ajax85.blogspot.com

Zack Kool said...

tq hakim..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Disclaimer

This is a personal blog and everything written on this blog, based on own and personal thought.

The owner of this blog did not responsible for any comments that made in the comment sections. The owner is only responsible by his name as written by the sections.

This web blog does not store any file on its server. All movies, software, form of files, pictures and any types of graphic forms that are posted on this blog are indexed from personal purpose only. For download-able form of files/software/etc, it's just for demo and must be deleted within 24 hours. You are agreed with this term as clicking the download button.

Any pictures, video and graphic forms, are not copyrighted as the date taken from the search engines. As if its copyrighted, all credit goes to the owner and i did not own the copyrights.

All og the graphics forms are linked with the original source. All of those pictures, video and graphic forms are not for any commercial use, i gain nothing for those forms of files.

Light 18sx contents.